Mari-Mari Kita Berkongsi

Bilangan pengunjung

Wednesday, November 16, 2011

Perkongsian Ilmu dalam Konteks Laman Sosial

Zaman ini boleh dilihat terlampau ramai orang yang bijak pandai mengutarakan pendapat-pendapat serta hujah mereka itu. Ramai juga yang menggunakan Laman Sosial seperti Facebook sebagai Medium mereka untuk berkongsi ilmu mereka.

Pada pendapat penulis tidak salah jika menjadikan Facebook sebagai tempat perkongsian ilmu, malah itu adalah satu perkara yang amat baik kerana ianya mampu menyebarkan ilmu yang tidak semua orang tahu kepada orang ramai.

Namu begitu, apa yang menjadi persoalan adalah bagaimana cara seseorang itu mengongsikan ilmu mereka di laman sosial. Sekali lagi menurut pendapat penulis, jika ingin berkongsi ilmu eloklah dengan cara PENERANGAN. Kita terlebih dahulu menerangkan apa yang kita ketahui kepada umum. Sekiranya apa yang diterangkan tersebut kabur dan sukar untuk difahami oleh orang lain. Maka sudah tentu orang-orang itu akan menanyakan perkara yang mereka tidak faham. Hal ini adalah lebih baik bagi perkongsian ilmu menurut Konteks Laman Sosial.

Apa yang menekan hati penulis untuk mencoretkan perkara ini adalah terhadap sikap segelintir golongan "Serba tahu" membuat perkongsian ilmu di Laman Sosial terutama Facebook. Misalnya, mereka menanyakan soalan kepada orang lain terlebih dahulu sedangkan soalan yang ditanyakan itu telah ada pun jawapan padanya. Setelah orang lain menjawab dan mengeluarkan pendapat, ia membidasnya dengan pengetahuan dan pendapatnya pula seolah-olah dia yang terbaik. Kebiasaannya perkara ini terus berpanjangan sehingga menjadi pendebatan terutama kepada golongan yang tidak mahu kalah. Akhir sekali mengaibkan kepada yang lemah hujahnya. Jika dalam Islam, debat tidak sekali-kali membenarkan seseorang itu menjatuhkan aib atau maruah orang lain.

Hal ini banyak berlaku dalam kalangan pelajar IPT, mereka menganggap diri mereka sudah terlalu bijak. Bukan begitu caranya. Jika tahu lebih diterangkan, lebih baik jika disimpan sahaja apabila perlu dan ditanya baru dikeluarkan. Bukan dengan sikap sudah tahu jawapan masih menanyakan soalan dengan NIAT ingin menunjuk hebat dengan ilmu yang tidak seberapa itu. Sebaiknya gunalah dengan cara bertukar pendapat bukan dengan melancar debat.

P/S : Tidak salah mengutarakan pendapat. Hehehehe

Tuesday, November 15, 2011

MALING kamu kata? Dasar KURANG AJAR!!

Sukan Sea edisi yang ke 26 yang berlansung di Jakarta-Palembang, Indonesia kali ini meungundang pelbagai perkara yang kurang menyenangkan. Antaranya layanan penganjur yang kurang baik kepada atlet, venue tempat yang tidak tepat maklumatnya, isu keracunan makanan dan pelbagai lagi.

Apa yang terbaru kali ini adalah ketika perlawanan akhir bagi acara badminton berkumpulan lelaki pada hari semalam iaitu pada 15 November 2011 yang berlansung di Istoria Senayan. Perkara ini terjadi ketika pertembungan kedua iaitu semasa beregu negara (Lim Khim Wah dan Goh Wei Shem) menentang beregu Indonesia (Muhammad Ahsan dan Bona Septono).

Perang psikologi yang dilancarkan oleh penonton tuan rumah terhadap pemain dari negara lain adalah perkara biasa dalam sukan. Namun, satu perkara yang dilakukan oleh tuan rumah semalam dilihat sangat kurang ajar dan biadab. Hal ini terjadi apabila pemain Malaysia, Goh Wei Shem dilihat melayan-layan penonton seperti mengejek.

Selepas itu, kedengaran satu sorakan yang kurang menyenangkan hati saya iaitu "MALING,MALING". Cukup terbakar apabila saya yang menonton secara lansung di siaran Astro Arena 801 terdengar sorakan seperti itu. Ternyata sukar untuk melihat perdamaian di dalam hati mereke, masih kuat lagi perasaan ingin menGANYANG Malaysia.  Mereka lansung tidak menghormati Malaysia lalu menghina Malaysia dengan mengatakan Maling (Pencuri). Selaku peminat sukan saya berasa sungguh kecewa dengan sikap segelintir rakyat Indonesia yang mengatakan Malaysia sedemikian rupa.

P/S : Sedang menunggu video perlawanan  itu di Upload di Youtube. Harap-harap ada.

Information about MALINGSIAL :-

"MALINGSIAL" secara ringkas istilah ini timbul apabila rakyat Indonesia mengatakan bahawa Malaysia adalah sebagai sebuah negara yang banyak mencuri idea dan budaya dari Indonesia seperti Kuda Kepang  dan pencorakan batik. Oleh sebab itulah timbulnya istilah Pencuri Sial dari bahasa Mereka.

Ada juga saya terdengar dari rakan saya yang merupakan peminat muzik rock and roll dan cukup meminati band-band muzik di Indonesia. Beliau mengatakan bahawa perkara ini berlaku disebabkan oleh seorang artis Malaysia yang telah mencuri idea lagu artis Indonesia secara bulat-bulat. Hal ini kerana artis Indonesia itu menanyakan pendapat artis Malaysia tersebut melalui Myspace tentang lagu yang diciptanya. Akhirnya artis Malaysia itu mencuri dan menjadikan lagunya.

Disebabkan itu, maka sebuah band Rock yang terkenal di Indonesia telah membuat sebuah lagu sempena artis Malaysia yang mencuri itu dengan mencipta lagu bertajuk "MalingSial".

Monday, September 6, 2010

Perkataan-perkataan yang sensitifi di Malaysia

Dunia sekarang ini tidak selamat,tidak terkecuali juga dengan Malaysia.Bayangkan hanya dengan menyebut sesetengan perkataan pun dah ada sesetengah orang yang taksub memandang keras ke arah kita.Mesti kita berasa pelik dan agak goyang sedikit kan.Maklum la kalau orang yang memandang kita badan macam king kong dengan bertatunya.Goyang la kan.Tak kan tak goyang pula kan.Oleh itu,saya ingin berkongsi sedikit dan memberi saranan agar mengelakkan kan dari mengguna perkataan-perkataan ini di tempat awam.

Antara perkataan-perkataan sensitif 


1.Baju
2.Potong
3.Kandang
4.Merah
5.Putih
6.Naga
7.Buah
8.Kutip
9.Dam
10.Ranting
11.Pantun
12.Abang
13.Adik

Apa yang saya tulis hanya sedikit sahaja.Terdapat banyak lagi perkataan-perkataan yang agak sensitif untuk disebut di tempat awam.Terutamanya certain-certain nombor.OLeh itu berjaga-jagalah anda ketika berada ditempat awam.

Sunday, July 25, 2010

Kita menghargai apa yang kita ada,Tapi adakah kita pernah cukup dengan apa yang kita ada?

Hargailah apa yang kamu ada sekarang, satu nasihat yang amat indah, akan tetapi, dengan apa yang kamu ada sekarang ini adakah ia pernah cukup untuk diri kamu? 

Manusia memang pelik, ada akal, tapi tumpas dengan nafsu dirinya yang membuak- buak bagai ombak yang bergelora. Orang melayu, satu kaum yang satu masa dahulu amat terkenal dengan budaya yang lemah lembut perilakunya, tapi kini ia kian luntur dengan perkembangan era globalisasi ini. Orang melayu kini telah taat dengan budaya sekularisme terutamanya rakyat yang menganut agama Islam. Apakah ini yang patut dibanggakan oleh penganut agama Islam pada masa kini? Masalah tentang orang melayu kian menular sehinggakan ia amat memalukan untuk diwarwarkan di dalam keratan akhbar melayu. Adakah zaman ini adalah zaman di mana orang melayu telah melayukan diri mereka dengan syurga dunia ini?

Kemewahan yang kita ada kini telah merosakan orang melayu dan ini amat memalukan. Bandar kotaraya kini telah menjadi sarang maksiat terbesar, adakah ia adalah satu kesilapan pemimpin-pemimpin kita yang cuba membangunkan negara Malaysia, atau diri kita yang tak mampu mengawal kehendak diri kita? Ini baru peringkat umum bagi persoalan diatas tentang apakah cukup nikmat yang kita peroleh di dunia ini. Mari kita cuba jawab dahulu persoalan ini sebelum kita pergi ke bahagian- bahagian lain. Pernahkah kita rasa cukup dengan nikmat yang telah diberikan dan kita menghargai apa yang kita perolehi sejak kita lahir lagi.
 
Semasa baru dilahirkan di muka bumi ini, kita telah dicipta dengan sempurna oleh Allah, tidak kira dimana pun kita berada, kita dilahirkan dengan mempunyai semua anggota badan yang lengkap untuk kita belajar, melihat, merasa, berjalan, bercakap, mendengar dan menghidu sesunguhnya ia amat lengkap, tiada cacat celanya di mana-mana pun tidak kiralah samada kita ini seorang yang cacat penglihatan, bisu, kudung ataupun pekak. Mengapa kita boleh disamakan samada cacat atau tidak? Jawapan ia amat ringkas, tidak semua orang memiliki apa yang orang lain ada pada diri mereka. Tidakkah itu terlalu nyata dan ia tidak boleh disangkalkan lagi oleh mana-mana pihak pun. Kita dilahirkan dalam bentuk manusia yang mampu mengubah segala-galanya di masa hadapan. Tapi, agak pelik jikalau ada seseorang yang ingin mengubah dirinya untuk menjadi orang lain terasa seolah-olah kita ini telah kehilangan identiti kita ini sebagai diri kita. Adakah kita memang telah kehilangan identiti kita sendiri?

Hasil nukilan:Mohd Fuazi.

Tuesday, July 6, 2010

Sedikit petua apabila menjejakkan kaki ke tempat baru..

Setiap orang pasti akan menjejakkan kaki ke tempat baru mengikut peringkat demi peringkat..Bermula dari zaman kanak-kanak sehingga ke peringkat yang lebih dewasa lalu ke alam barzakh.Kita tidak akan pernah statik atau pun jumud di satu tempat sahaja.Pelbagai contoh yang boleh diambil dari kehidupan kita ataupun kehidupan msayarakat disekeliling kita..Antaranya ialah zaman persekolah rendah,persekolahan menengah,ke peringkat institusi pengajian tinggi dan ke alam pekerjaan.Semuanya akan merentasi tempat yang berbeza dalam keadaan yang berbeza serta tidak sama dengan tempat dan keadaan yang lepas-lepas.

Sedikit petua yang ingin penulis kongsikan bersama.Apabila kita pergi ke tempat yang baru,sudah tentu kita akan berjumpa dengan ramai kawan yang baru yang kita tahu dari mana asal usul mereka serta kelakuan mereka.Kita sudah tentu menpunyai perangai dan kelakuan yang tersendiri.

Disini penulis ingin lebih menekankan kepada orang-orang yang mempunyai kelakuan yang nakal atau dengan erti kata lain iaitu TERJAL.Masuk ke tempat yang baru kita jangan terlalu cepat mendedahkan SIAPA DIRI KITA YANG SEBENAR.Kita buka diri kita secara perlahan-lahan atau nama saintifiknya(pelan-pelan kayuh).Mengapa penulis berkata demikian??Kita tidak tahu bagaimana pandangan orang terhadap kita.Oleh itu kita harus berkelakuan dengan agak baik,sopan,menjaga pertuturan dengan orang yang berada dihadapan kita(lidah setajam pedang bahkan lebih tajam dari pedang).Kalau boleh jangan terlampau banyak bercakap kerana dikhuatiri akan mendatangkan kerimasan terhadap orang yang mendengarnya."Nabi khidir pernah berkata kepada Nabi Musa A.S.Ayatnya:"Tahukah engkau wahai si penuntut ilmu bahawa orang yang memberi nasihat adalah kurang rasa bosannya berbanding dengan orang yang mendengarkannya."Oleh yang demikian kita harus kurang-kurangkan bercakap kerana banyak bercakap akan mendatangkan kebosanan terhadap si pendengar..

Berbalik kepada tajuk asal,biarlah kita merasa diri kita hipokrit kerana kita merasa janggal terhadap perangai dan kelakuan kita yang amat berlainan dengan diri kita.Bukan penulis ingin menyuruh kita menjadi seperti itu,tetapi kita kena lakukan secara perlahan-lahan.Jangan terus menunjukkan diri kita yang sebenarnya takut akan timbul ketidakselesaan terhadap orang lain.BUAT MEREKA SELESA DAN SUKA DENGAN KITA DAHULU.Apabila mereka selesa dan suka akan kita secara amnya mereka pasti akan kenang kita dalam doan mereka..

Senang cerita,sperti dalam lirik lagu mantera beradu"MASUK TEMPAT ORANG BAWAK OTAK BUKAN PISAU"Gunakan akal dengan sebaik mungkin apabila berada di tempat yang baru,itu yang membezakan kiat dengan binatang.

Senang cerita,

Tuesday, June 15, 2010

Maxis dan Piala Dunia

Demam piala dunia sudah pun melanda dunia seperti wabak penyakit yang berbahaya dan tidak terkecuali melanda negara kita juga.Namun,edisi piala dunia di negara kita kali ini adalah yang terburuk sekali.Maksud saya bukan buruk dari corak permainan mereka mahu pun penganjuran yang dilakukan oleh negara Afrika selatan.Tetapi buruk dari segi penyiaran siaran lansung di negara kita.


Kita semua sudah maklum bahawa syarikat telekomunikasi Maxis merupakan satu-satunya penaja utama yang membawa masuk semua siaran lansung terus dari Afrika.Walaupun Maxis dengan jayanya mempunyai hak penyiaran lansung di negara kita.Namun,maxis seperti mendiskriminasikan ramai pihak.Pihak yang tersebut itu ialah orang ramai yang tidak mempunyai dan tidak memasang Astro di rumah yang hanya semata-mata mengharapkan rancangan televisyen kerajaan sahaja untuk menonton..(Tuan punya Astro dan Maxis merupakan individu yan sama)


Saya tahu Astro telah meningkatkan bayaran pakej sukan kepada penggguna yang mengambil pakej sukan dari harga tertentu ke harga tertentu.Sudah tentu Astro ingin memastikan penggunanya mendapat kepuasan yang lebih berbanding orang lain.Disitu saya tidak kisah,tetapi agak-agak la.Saya tahu Maxis dan Astro mempunyai hak semua siaran lansung tetapi jangan la sampai menganaiya orang-orang yang tidak memasang astro di rumah..Saya pun tidak kisah jika Astro ingin memberi satu sahaja siaran lansung sehari di TV kerajaan,tetapi jika hendak memberi itu biar yang agak-agak.Berilah pada pukul 7.30 ataupun pukul 10 malam.Ini tidak ,ada ke korang bagi pada pukul 2.30 pagi macam tu.Siapa nak tengok.Takkan pekerja-pekerja kerajaan mahupun swasta nak berjaga tiap-tiap malam.Mampos la kalau macam tu.


Setakat ini TV kerajaan hanya menyiarkan sekali sahaja tayangan siaran lansung pada waktu yang awal iaitu pada perlawan pembukaan.Yang membuat saya terpanggil untuk menulis ketidakpuasan hati ini ialah pada pagi tadi TV kerajaan iaitu (RTM) dan Astro Arena tidak menyiarkan siaran lansung antara Brazil dan Korea Utara sebaliknya menyiarkan siaran ulangan antara German bertemu Australia.Ini satu penganayaian.


Yang membuat aku bertambah-tambah sakit hati,pada hari ini Astro Arena dan RTM menyiarkan siaran lansung pada pukul 7.30 malam dan perlawanannya membabitkan antara Honduras dan Chile..Memang teruk betul,Siapa nak tengok Honduras bertemu Chile.Memang perkara ini dilihat seperti sengaja dilakukan.Perlawanan negara-negara yang rancak-rancak tak nak siarkan..


Kerajaan harus melakukan sesuatu supaya perkara ini tidak lagi berlaku pada masa akan datang.Kenapa TM dan penaja kebangsaan tida menaja bersama dengan maxis???Hairan betul..Kalu macam ni lar..Baik rokok yang sponsor,lagi berbaloi.Macam Indonesia,Djarum Super sponsor..Seronok jer rakyatnya dapat tengok siaran lansung banyak-banyak..


Ikutkan hati macam-macam aku nak cakap.Tapi takut masuk Universiti kedua pulak(ISA).Jadi,sampai sini jela yer.

Friday, June 4, 2010

The best badminton matches in this world that I have ever seen

Perlawanan di antara Lin Dan dan Pete Hoe Gade...Di dalam perlawan ini terdapat pelbagai skill dan trickshot yang dipamerkan oleh kedua-dua pemain ini.Sewaktu ini Lin Dan masih muda lagi.Baru berusia 20 tahun..Tengok dress dia pun entah apa-apa jer masa ni.hahaha.Baju besar,rambur kering x letak gel rambut..Gigi pun belum di letak dengan pendakap gigi.hahahaha.Pete Gade pun masa ni cukup pantas kerana muda lagi..Sekarang dah tua..kalau tengok diorang main sekarang pun dah tak sehebata dahulu..Pasti Lin Dan menang mudah punya..











Walaupun Lin Dan muda lagi tapi dia punya corak permainan memuaskan.Tak nampak mentah,nampak seperti pemain yang dah mempunyai pengalaman yang luas.Tengok la video ni..Jangan segan-segan.hahaha