Mari-Mari Kita Berkongsi

Bilangan pengunjung

Tuesday, November 15, 2011

MALING kamu kata? Dasar KURANG AJAR!!

Sukan Sea edisi yang ke 26 yang berlansung di Jakarta-Palembang, Indonesia kali ini meungundang pelbagai perkara yang kurang menyenangkan. Antaranya layanan penganjur yang kurang baik kepada atlet, venue tempat yang tidak tepat maklumatnya, isu keracunan makanan dan pelbagai lagi.

Apa yang terbaru kali ini adalah ketika perlawanan akhir bagi acara badminton berkumpulan lelaki pada hari semalam iaitu pada 15 November 2011 yang berlansung di Istoria Senayan. Perkara ini terjadi ketika pertembungan kedua iaitu semasa beregu negara (Lim Khim Wah dan Goh Wei Shem) menentang beregu Indonesia (Muhammad Ahsan dan Bona Septono).

Perang psikologi yang dilancarkan oleh penonton tuan rumah terhadap pemain dari negara lain adalah perkara biasa dalam sukan. Namun, satu perkara yang dilakukan oleh tuan rumah semalam dilihat sangat kurang ajar dan biadab. Hal ini terjadi apabila pemain Malaysia, Goh Wei Shem dilihat melayan-layan penonton seperti mengejek.

Selepas itu, kedengaran satu sorakan yang kurang menyenangkan hati saya iaitu "MALING,MALING". Cukup terbakar apabila saya yang menonton secara lansung di siaran Astro Arena 801 terdengar sorakan seperti itu. Ternyata sukar untuk melihat perdamaian di dalam hati mereke, masih kuat lagi perasaan ingin menGANYANG Malaysia.  Mereka lansung tidak menghormati Malaysia lalu menghina Malaysia dengan mengatakan Maling (Pencuri). Selaku peminat sukan saya berasa sungguh kecewa dengan sikap segelintir rakyat Indonesia yang mengatakan Malaysia sedemikian rupa.

P/S : Sedang menunggu video perlawanan  itu di Upload di Youtube. Harap-harap ada.

Information about MALINGSIAL :-

"MALINGSIAL" secara ringkas istilah ini timbul apabila rakyat Indonesia mengatakan bahawa Malaysia adalah sebagai sebuah negara yang banyak mencuri idea dan budaya dari Indonesia seperti Kuda Kepang  dan pencorakan batik. Oleh sebab itulah timbulnya istilah Pencuri Sial dari bahasa Mereka.

Ada juga saya terdengar dari rakan saya yang merupakan peminat muzik rock and roll dan cukup meminati band-band muzik di Indonesia. Beliau mengatakan bahawa perkara ini berlaku disebabkan oleh seorang artis Malaysia yang telah mencuri idea lagu artis Indonesia secara bulat-bulat. Hal ini kerana artis Indonesia itu menanyakan pendapat artis Malaysia tersebut melalui Myspace tentang lagu yang diciptanya. Akhirnya artis Malaysia itu mencuri dan menjadikan lagunya.

Disebabkan itu, maka sebuah band Rock yang terkenal di Indonesia telah membuat sebuah lagu sempena artis Malaysia yang mencuri itu dengan mencipta lagu bertajuk "MalingSial".

0 comments: