Mari-Mari Kita Berkongsi

Bilangan pengunjung

Monday, April 5, 2010

Sadarlah wahai manusia yang bebangsa melayu dan beragama ISLAM

Baru-baru ini saya ada melihat satu lambang pertubuhan yang memang tidak asing lagi di Tanah air kita..Saya melihat lambang pertubuhan ini di salah satu laman sosial myspace seseorang ini..Saya berasa terkejot dan sedih setelah melihat lambang itu..Saya berfikir sejenak adakah ahli2 pertubuhan ini mempunyai 2 agama iaitu Islam dan Buddha..(Gambar di bawah)

Photobucket



Mengapa nama suci Allah dan junjungan mulia kita Nabi Muhammad S.A.W boleh digabungkan dengan lambang YING YANG.Walaupun saya tidak banyak ilmu tentang perkara ini.Namun,secara kasarnya saya dapat melihat sesuatu yang bercanggah..Saya juga tidak tahu apa motif,misi,matlamat dan objektif pertubuhan ini.Adakah pucuk pimpinan pertubuhan ini telah sonsang pembawakannya??
Jika telah sonsang saya berharap sangat pihak-pihak ini balik ke pangkal jalan.Saya tahu pertubuhan ini banyak lambang dan logonya tetapi saya tidak sangka bagaimana mereka boleh membuat lambang sperti ini?? saya sendiri pun tak tau bagaimana mereka boleh tidak sadar akan perkara yang sensitif seperti ini..


SADARLAH WAHAI MANUSIA YANG BERBANGSA MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM..kita sedang ditertawakan oleh bangsa asing

Sedikit sumber dari WIKIPEDIA

Lambang Taoisme


Lambang yang sering dikaitkan dengan ajaran Laozi ialah lambang "ying-yang" ("ying" bermaksud "feminin", dan "yang" bermaksud "maskulin"). Ia membayangkan kebenaran bahawa dunia ini adalah dunia dualisme, iaitu segala fenomena dalam dunia ini mempunyai dua keterlaluan. Misalnya, jika tiadanya besar, tidak akan ada kecil; jika tiadanya kiri, tidak akan ada kanan, dan sebagainya. Oleh itu, lambang ini mempunyai dua bahagian yang sama besar, separuh putih dan separuh hitam. Garis di tengah adalah melengkung dan bukannya lulus. Ini bermakna bahawa kesemua fenomena di dalam dunia ini adalah dalam keadaan sentiasa berubah-ubah. Sewaktu hitam berkembang, putih berundur, dan sebaliknya. Oleh itu, seseorang harus tidak menentangi sifat alam semesta seakan-akan ia sentiasa sama sahaja. Sebaliknya, dia harus berundur pada tempoh sebegini, dan menunggu untuk "putih" memulih. Ini adalah salah satu daripada tafsiran konsep "wei-wu-wei".
Bahagian putih mempunyai satu titik hitam, dan bahagian hitam mempunyai satu titik putih pada bahagiannya yang paling besar. Ini membawa maksud bahawa tiada sesuatu perkara di dunia ini yang benar-benar putih, dan tiada sesuatu perkara yang benar-benar hitam. Umpamanya, kejayaan (putih) akan menyebabkan keangkuhan (hitam) dan mungkinnya ketamakan (hitam). Sebaliknya, kegagalan (hitam) akan menyebabkan pembasmian keangkuhan (putih) dan kemunculan rendah hati (putih).
Walaupun lambang ini sering dikaitkan dengan ajaran Laozi, sudah tentunya Laozi tidak melukisnya. Ia dicipta oleh penganut-penganut Taoisme untuk menggambarkan konsep ajaran Laozi. Bagaimanapun, apa yang digelarkan Taoisme di Malaysia dan banyak tempat yang lain bukannya ajaran Laozi yang sebenarnya. Sebenarnya, Gautama Buddha dan Laozi tidak berniat mengagamakan ajaran mereka. Apa yang digelarkan Taoisme sebenarnya adalah adat resam dan budaya orang Cina yang telah meminjam sebahagian kecil sahaja daripada ajaran Laozi serta, kekadangnya, ajaran Buddha.

0 comments: