Mari-Mari Kita Berkongsi

Bilangan pengunjung

Tuesday, June 15, 2010

Maxis dan Piala Dunia

Demam piala dunia sudah pun melanda dunia seperti wabak penyakit yang berbahaya dan tidak terkecuali melanda negara kita juga.Namun,edisi piala dunia di negara kita kali ini adalah yang terburuk sekali.Maksud saya bukan buruk dari corak permainan mereka mahu pun penganjuran yang dilakukan oleh negara Afrika selatan.Tetapi buruk dari segi penyiaran siaran lansung di negara kita.


Kita semua sudah maklum bahawa syarikat telekomunikasi Maxis merupakan satu-satunya penaja utama yang membawa masuk semua siaran lansung terus dari Afrika.Walaupun Maxis dengan jayanya mempunyai hak penyiaran lansung di negara kita.Namun,maxis seperti mendiskriminasikan ramai pihak.Pihak yang tersebut itu ialah orang ramai yang tidak mempunyai dan tidak memasang Astro di rumah yang hanya semata-mata mengharapkan rancangan televisyen kerajaan sahaja untuk menonton..(Tuan punya Astro dan Maxis merupakan individu yan sama)


Saya tahu Astro telah meningkatkan bayaran pakej sukan kepada penggguna yang mengambil pakej sukan dari harga tertentu ke harga tertentu.Sudah tentu Astro ingin memastikan penggunanya mendapat kepuasan yang lebih berbanding orang lain.Disitu saya tidak kisah,tetapi agak-agak la.Saya tahu Maxis dan Astro mempunyai hak semua siaran lansung tetapi jangan la sampai menganaiya orang-orang yang tidak memasang astro di rumah..Saya pun tidak kisah jika Astro ingin memberi satu sahaja siaran lansung sehari di TV kerajaan,tetapi jika hendak memberi itu biar yang agak-agak.Berilah pada pukul 7.30 ataupun pukul 10 malam.Ini tidak ,ada ke korang bagi pada pukul 2.30 pagi macam tu.Siapa nak tengok.Takkan pekerja-pekerja kerajaan mahupun swasta nak berjaga tiap-tiap malam.Mampos la kalau macam tu.


Setakat ini TV kerajaan hanya menyiarkan sekali sahaja tayangan siaran lansung pada waktu yang awal iaitu pada perlawan pembukaan.Yang membuat saya terpanggil untuk menulis ketidakpuasan hati ini ialah pada pagi tadi TV kerajaan iaitu (RTM) dan Astro Arena tidak menyiarkan siaran lansung antara Brazil dan Korea Utara sebaliknya menyiarkan siaran ulangan antara German bertemu Australia.Ini satu penganayaian.


Yang membuat aku bertambah-tambah sakit hati,pada hari ini Astro Arena dan RTM menyiarkan siaran lansung pada pukul 7.30 malam dan perlawanannya membabitkan antara Honduras dan Chile..Memang teruk betul,Siapa nak tengok Honduras bertemu Chile.Memang perkara ini dilihat seperti sengaja dilakukan.Perlawanan negara-negara yang rancak-rancak tak nak siarkan..


Kerajaan harus melakukan sesuatu supaya perkara ini tidak lagi berlaku pada masa akan datang.Kenapa TM dan penaja kebangsaan tida menaja bersama dengan maxis???Hairan betul..Kalu macam ni lar..Baik rokok yang sponsor,lagi berbaloi.Macam Indonesia,Djarum Super sponsor..Seronok jer rakyatnya dapat tengok siaran lansung banyak-banyak..


Ikutkan hati macam-macam aku nak cakap.Tapi takut masuk Universiti kedua pulak(ISA).Jadi,sampai sini jela yer.

0 comments: