Mari-Mari Kita Berkongsi

Bilangan pengunjung

Tuesday, July 6, 2010

Sedikit petua apabila menjejakkan kaki ke tempat baru..

Setiap orang pasti akan menjejakkan kaki ke tempat baru mengikut peringkat demi peringkat..Bermula dari zaman kanak-kanak sehingga ke peringkat yang lebih dewasa lalu ke alam barzakh.Kita tidak akan pernah statik atau pun jumud di satu tempat sahaja.Pelbagai contoh yang boleh diambil dari kehidupan kita ataupun kehidupan msayarakat disekeliling kita..Antaranya ialah zaman persekolah rendah,persekolahan menengah,ke peringkat institusi pengajian tinggi dan ke alam pekerjaan.Semuanya akan merentasi tempat yang berbeza dalam keadaan yang berbeza serta tidak sama dengan tempat dan keadaan yang lepas-lepas.

Sedikit petua yang ingin penulis kongsikan bersama.Apabila kita pergi ke tempat yang baru,sudah tentu kita akan berjumpa dengan ramai kawan yang baru yang kita tahu dari mana asal usul mereka serta kelakuan mereka.Kita sudah tentu menpunyai perangai dan kelakuan yang tersendiri.

Disini penulis ingin lebih menekankan kepada orang-orang yang mempunyai kelakuan yang nakal atau dengan erti kata lain iaitu TERJAL.Masuk ke tempat yang baru kita jangan terlalu cepat mendedahkan SIAPA DIRI KITA YANG SEBENAR.Kita buka diri kita secara perlahan-lahan atau nama saintifiknya(pelan-pelan kayuh).Mengapa penulis berkata demikian??Kita tidak tahu bagaimana pandangan orang terhadap kita.Oleh itu kita harus berkelakuan dengan agak baik,sopan,menjaga pertuturan dengan orang yang berada dihadapan kita(lidah setajam pedang bahkan lebih tajam dari pedang).Kalau boleh jangan terlampau banyak bercakap kerana dikhuatiri akan mendatangkan kerimasan terhadap orang yang mendengarnya."Nabi khidir pernah berkata kepada Nabi Musa A.S.Ayatnya:"Tahukah engkau wahai si penuntut ilmu bahawa orang yang memberi nasihat adalah kurang rasa bosannya berbanding dengan orang yang mendengarkannya."Oleh yang demikian kita harus kurang-kurangkan bercakap kerana banyak bercakap akan mendatangkan kebosanan terhadap si pendengar..

Berbalik kepada tajuk asal,biarlah kita merasa diri kita hipokrit kerana kita merasa janggal terhadap perangai dan kelakuan kita yang amat berlainan dengan diri kita.Bukan penulis ingin menyuruh kita menjadi seperti itu,tetapi kita kena lakukan secara perlahan-lahan.Jangan terus menunjukkan diri kita yang sebenarnya takut akan timbul ketidakselesaan terhadap orang lain.BUAT MEREKA SELESA DAN SUKA DENGAN KITA DAHULU.Apabila mereka selesa dan suka akan kita secara amnya mereka pasti akan kenang kita dalam doan mereka..

Senang cerita,sperti dalam lirik lagu mantera beradu"MASUK TEMPAT ORANG BAWAK OTAK BUKAN PISAU"Gunakan akal dengan sebaik mungkin apabila berada di tempat yang baru,itu yang membezakan kiat dengan binatang.

Senang cerita,