Mari-Mari Kita Berkongsi

Bilangan pengunjung

Sunday, July 25, 2010

Kita menghargai apa yang kita ada,Tapi adakah kita pernah cukup dengan apa yang kita ada?

Hargailah apa yang kamu ada sekarang, satu nasihat yang amat indah, akan tetapi, dengan apa yang kamu ada sekarang ini adakah ia pernah cukup untuk diri kamu? 

Manusia memang pelik, ada akal, tapi tumpas dengan nafsu dirinya yang membuak- buak bagai ombak yang bergelora. Orang melayu, satu kaum yang satu masa dahulu amat terkenal dengan budaya yang lemah lembut perilakunya, tapi kini ia kian luntur dengan perkembangan era globalisasi ini. Orang melayu kini telah taat dengan budaya sekularisme terutamanya rakyat yang menganut agama Islam. Apakah ini yang patut dibanggakan oleh penganut agama Islam pada masa kini? Masalah tentang orang melayu kian menular sehinggakan ia amat memalukan untuk diwarwarkan di dalam keratan akhbar melayu. Adakah zaman ini adalah zaman di mana orang melayu telah melayukan diri mereka dengan syurga dunia ini?

Kemewahan yang kita ada kini telah merosakan orang melayu dan ini amat memalukan. Bandar kotaraya kini telah menjadi sarang maksiat terbesar, adakah ia adalah satu kesilapan pemimpin-pemimpin kita yang cuba membangunkan negara Malaysia, atau diri kita yang tak mampu mengawal kehendak diri kita? Ini baru peringkat umum bagi persoalan diatas tentang apakah cukup nikmat yang kita peroleh di dunia ini. Mari kita cuba jawab dahulu persoalan ini sebelum kita pergi ke bahagian- bahagian lain. Pernahkah kita rasa cukup dengan nikmat yang telah diberikan dan kita menghargai apa yang kita perolehi sejak kita lahir lagi.
 
Semasa baru dilahirkan di muka bumi ini, kita telah dicipta dengan sempurna oleh Allah, tidak kira dimana pun kita berada, kita dilahirkan dengan mempunyai semua anggota badan yang lengkap untuk kita belajar, melihat, merasa, berjalan, bercakap, mendengar dan menghidu sesunguhnya ia amat lengkap, tiada cacat celanya di mana-mana pun tidak kiralah samada kita ini seorang yang cacat penglihatan, bisu, kudung ataupun pekak. Mengapa kita boleh disamakan samada cacat atau tidak? Jawapan ia amat ringkas, tidak semua orang memiliki apa yang orang lain ada pada diri mereka. Tidakkah itu terlalu nyata dan ia tidak boleh disangkalkan lagi oleh mana-mana pihak pun. Kita dilahirkan dalam bentuk manusia yang mampu mengubah segala-galanya di masa hadapan. Tapi, agak pelik jikalau ada seseorang yang ingin mengubah dirinya untuk menjadi orang lain terasa seolah-olah kita ini telah kehilangan identiti kita ini sebagai diri kita. Adakah kita memang telah kehilangan identiti kita sendiri?

Hasil nukilan:Mohd Fuazi.

0 comments: