Mari-Mari Kita Berkongsi

Bilangan pengunjung

Wednesday, November 16, 2011

Perkongsian Ilmu dalam Konteks Laman Sosial

Zaman ini boleh dilihat terlampau ramai orang yang bijak pandai mengutarakan pendapat-pendapat serta hujah mereka itu. Ramai juga yang menggunakan Laman Sosial seperti Facebook sebagai Medium mereka untuk berkongsi ilmu mereka.

Pada pendapat penulis tidak salah jika menjadikan Facebook sebagai tempat perkongsian ilmu, malah itu adalah satu perkara yang amat baik kerana ianya mampu menyebarkan ilmu yang tidak semua orang tahu kepada orang ramai.

Namu begitu, apa yang menjadi persoalan adalah bagaimana cara seseorang itu mengongsikan ilmu mereka di laman sosial. Sekali lagi menurut pendapat penulis, jika ingin berkongsi ilmu eloklah dengan cara PENERANGAN. Kita terlebih dahulu menerangkan apa yang kita ketahui kepada umum. Sekiranya apa yang diterangkan tersebut kabur dan sukar untuk difahami oleh orang lain. Maka sudah tentu orang-orang itu akan menanyakan perkara yang mereka tidak faham. Hal ini adalah lebih baik bagi perkongsian ilmu menurut Konteks Laman Sosial.

Apa yang menekan hati penulis untuk mencoretkan perkara ini adalah terhadap sikap segelintir golongan "Serba tahu" membuat perkongsian ilmu di Laman Sosial terutama Facebook. Misalnya, mereka menanyakan soalan kepada orang lain terlebih dahulu sedangkan soalan yang ditanyakan itu telah ada pun jawapan padanya. Setelah orang lain menjawab dan mengeluarkan pendapat, ia membidasnya dengan pengetahuan dan pendapatnya pula seolah-olah dia yang terbaik. Kebiasaannya perkara ini terus berpanjangan sehingga menjadi pendebatan terutama kepada golongan yang tidak mahu kalah. Akhir sekali mengaibkan kepada yang lemah hujahnya. Jika dalam Islam, debat tidak sekali-kali membenarkan seseorang itu menjatuhkan aib atau maruah orang lain.

Hal ini banyak berlaku dalam kalangan pelajar IPT, mereka menganggap diri mereka sudah terlalu bijak. Bukan begitu caranya. Jika tahu lebih diterangkan, lebih baik jika disimpan sahaja apabila perlu dan ditanya baru dikeluarkan. Bukan dengan sikap sudah tahu jawapan masih menanyakan soalan dengan NIAT ingin menunjuk hebat dengan ilmu yang tidak seberapa itu. Sebaiknya gunalah dengan cara bertukar pendapat bukan dengan melancar debat.

P/S : Tidak salah mengutarakan pendapat. Hehehehe

1 comments:

danial said...

as salam...penulis yang ikhlas menulis berdasarkan pandagannya..sy amat setuju apa yang dinyatakan oleh penulis.