Mari-Mari Kita Berkongsi

Bilangan pengunjung

Friday, May 14, 2010

Dato Lee Chong Wei VS Lin Dan


Dato Lee Chong Wei VS Lin Dan



Kepada peminat sukan badminton sudah pasti anda semua mengenali dua orang pemain perseorangan badminton yang gah di persada dunia saat ini iaitu Dato Lee Chong Wei dan Lin Dan.Kedua-dua pemain ini merupakan ranking pertama dan kedua perseorangan Badminton World Federation(BWF)..


Walaupun kita sudah sedia maklum bahawa Dato Lee Chong Wei merupakan pemain badminton perseorangan yang terhebat di dunia sekarang ini.Namun agak sukar buat beliau untuk menundukkan musuh utamanya iaitu Lin Dan..Mengikut rekod,mereka berdua telah 21 kali termasuk semalam (Pada kejohan Piala Thomas peringkat separuh akhir antara China dan Malaysia tahun 2010) dan rekod pertemuan mereka telah banyak menyebelahi kepada Lin Dan dengan 15 kemenangan dan selebihnya ialah milik Dato Lee Chong Wei..


Pada pendapat saya,Dato Lee Chong wei telah berada pada prestasi yang terbaik sehingga ke saat ini,namun pada permainan malam semalam,beliau seperti telah dikunci dengan corak permainan Lin dan yang lebih tenang untuk mengawal gelanggang dan pukulan-pukalan yang sukar untuk di balas Dato Lee Chong Wei..Kadang kala agak menyakitkan hati apabila melihat persembahan beliau pada malam semalam..Namun,apa yang kita boleh buat..Menang kalah adat dunia.


Persoalannya sekarang mengapa Dato Lee Chong Wei tidak mampu untuk menundukkan Lin Dan seperti lawan-lawannya yang. lain..Jika ita lihat kepda corak permainan Lin Dan,dia kurang berseni seperti Dato Lee Chong wei yang mempunyai seni yang amat tinggi dalam sukan badminton..Jika hendak ditinjau pada latihan kedua-duanya lebih kurang sama..


Pada pendapat saya.Lee Chong Wei terlalu gugup dan takut untuk berdepan dengan Lin Dan..Saya dapat perasan dari raut wajahnya..terlalu berbeza dengan hari-hari yang lain..Memang dari kata yang keluar dari mulut beliau mengatakan yang beliau tidak sabar untuk bertemu Lin Dan dan sudah bersedia seratus peratus untuk menentang Lin Dan di atas gelanggang..Namun itu hanya kata-kata yang keluar dari mulut shaja..Kta hati beliau  saya dapat merasakan bahawa beliau amat gemuruh apabila berada di dalam gelanggang..


Seperti perlawanan semalam,dalam set kedua..Beliau kelihatan gelabah apabila sudah mata sudah ditinggal jauh..Apabila sudah berada dalam keadaan tersebut,beliau seperti mati kutu untuk membuat pukulan-pukulan yang boleh mendatangkan mata sebaliknya membuat pukulan yang memberikan mata buat Lin Dan..Apabila sudah gelabah segala urat-urat saraf kita akan tidak selesa dan otak kita ibarat `jamn`.Itu yang membuatkan corak permainan beliau menjadi hambar.


Kesimpulannya,pihak-pihak yang terlibat harus mengambil jalan penyelesaian untuk mengelakkan badi permainan mereka dari terus berlaku..Sepatutnya Dato Misbun Sidek harus memberi air jampi kepda anak buah beliau dan mandi bunga kepada Dato Lee Chong Wei.HEHEHEHE..


Atau pun memang sudah hakikat bahawa Lin Dan memang jauh lebih hebat dari Dato Lee Chong Wei..Kita pun sudah tahu bahawa Lin Dan hanya memilih kejohanan besar sahaja dan point rangking BWF akan terus bergerak sekiranya seseorang pemain menyertai apa sahaja kejohanan badminton peringkat antarabangsa..


P/S:Ini hanya pendapat saya sahaja,sekiranya anda semua ada pendapat lain sila hantarkan comment anda..


P/S:Perkara seperti ini juga berlaku kepada Taufik Hidayat apabila bertemu Dato Lee Chong Wei.



2 comments:

NAREN said...

WAH AMAD. TAHNIAH!!!! DAH BERKEMBANG BLOG KO.... TERUSKAN USAHA KO. SELAMAT BERJAYA.

Amad said...

ko peminat setia blog aku..hahaha