Mari-Mari Kita Berkongsi

Bilangan pengunjung

Friday, May 7, 2010

Kisah menarik dan wajar dicontohi oleh golong remaja zaman ini


Ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita.Ketika wanita itu keluar untuk suatu keperluannya maka pergilah lelaki itu untuk bersamanya.Sesampainya di kampung yang sunyi ketika orang-orang kampung telah tidur,maka lelaki itu menyampaikan maksud hatinya.Si wanita itupun menyahut,"Lihat,apakah orang-orang telah tidur semuanya?"

Dengan demikian lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya hendak dikabulkan.Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak.Setelah jelas semua orang telah tidur,segera dia menghampiri wanita itu seraya berkata,
"Benar,semua orang telah tidur."

Lalu wanita itu bertnya,"Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah?Apakah saat ini,Dia juga tidur?"

Lelaki itu menjawab,"Sesungguhnya Zat yang tidakpernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita.Oleh kerananya,Dia lebih berhak kita takuti."

Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan tersebut kerana takutkan Allah.Dia segera pulang ke rumahnya dan bertubat.Setelah dia meninggal dunia,ada seorang bermimpi bertemu dengannya.Lalu ditanya,"Apakah yan dilakukan Allah kepadamu?"

Lelaki itu menjawab,"Allah telah mengampuniku kerana ketakutakanku dan meninggalkan dosaku."

                                                                   dipetik daripada Kitab Mukasyafah al-Qulub,karangan
                                                                                                        Iman al-Ghazali,muka surat 7







0 comments: