Mari-Mari Kita Berkongsi

Bilangan pengunjung

Monday, April 26, 2010

Bahagian masing-masing..

Rukun iman ada enam perkara dan salah satu dari rukun iman yang wajib kita percaya iaitu percaya kepada QADA DAN QADAR...


Sebelum pergi lebih jauh,baik kita renungi sebentar apa yang dikatakan tentang dan apa yang dimaksudkan dengan QADA DAN QADAR.


QADA dan QADAR bermaksud:
Meyakini dan mempercayai bahawa segala yang berlaku ke atas manusia bahkan ke atas sekelian alam telah ditentukan sejak azali lagi oleh Allah S.W.T.


Disini saya ingin menyentuh tentang bahagian setiap manusia yang ada di atas muka bumi in..Bukan sahaja manusia,tetapi segala benda hidup yang ada di atas muka bumi Allah..
Pasti banyak persoalan yang timbul dalam kepala kita..
Antaranya:
Pernah kah kita terfikir mengapa kita terpilih untuk menjadi manusia tetapi bukan haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan??
Pernahkah kita terfikir kenpa kita terpilih untuk keluar dari rahim ibu kita??
Pernahkah kita terfikir mengapa kita tidak cukup kacak@cantik atau kaya seperti orang lain??


Semua persoalan diatas merupakan bahagian masing-masing..Kita perlu besyukur dengan apa bahagian yang kita dapat..Sebagai umat Islam kita harus bersyukur kerana kita beruntung kerana kita lahir sebagai orang Islam iaitu Umat Nabi Muhammad S.A.W..


Baru-baru ini terdapat kes anak imam membunag bayi.Secara logiknya kita pasti terkejut kerana bapa imam tetapi anak melakukan perkara sekejam itu..Kita tidak boleh untuk menyalahkan siapa-siapa dalam hal ini..Imam itu sudah semestinya tidak mahu anaknya melakukan perkara yang sedemikan rupa..Tetapi sudah tertulis bahagiannya seperti itu..Setiap perkara ada hikmahnya..Mungkin Allah ingin menguji imam itu dengan ujian yang sedemikian rupa supaya dia dapat mendekatkan lagi diri dengan Allah S.W.T dan berikhtiar untuk membentuk anaknya ke jalan yang tepat..


Anda juga pasti mempunyai rakan-rakan yang berjaya dalam perperiksaan mahupun kerjayanya,tetapi kamu tidak mengecapi kejayaan seperti rakan anda tersebut.Sungguhnya kamu jangan mengeluh dengan apa yang kamu ada kerana mungkin bahagian mereka datang lebih awal dan bahagian kamu datang lebih lambat sedikit .Tetapi sebelum kamu mengharapkan bahagian kamu datang,kamu juga perlu berfikir apa yang diri kamu lakukan untuk mendapat bahagian tersebut..Takkan kamu duduk goyang kaki lalu bahagian itu datang..
Tuhan itu maha adil lai bijkasana.DIA akan memberi setelah kita berusaha dan memohon kepadanya..


Kita ambil contoh lagi iaitu Adi Putra seorang budak genius matematik.Kita terkejut melihat budak sekecil itu sudah mahir menyelesaikan matematik sedankan kita masih terkial2 untuk menyelesaikan masalah matematik.Kita kena terima hakikat bahawa itu bahagian dia dan tidak ramai orang mendapat anugerah sperti dia..


Cuba kita lihat orang berkulit hitam di negara2 Africa yang bukan beragama Islam yang tersiksa di dunia,kita pasti akan timbul rasa simpati sudah tentu mereka juga akan terseksa di akhirat sana..Tapi kita tak mampu untuk melakukan apa2 kecuali degan berdoa kepada Allah S.W.T supaya memberi mereka taufik dan hiadayah supaya terbuka hati mereka untuk memeluk agam islam..


Natijahnya,setiap manusia mempunyai bahagian masing2 dan setiap manusia tidak mempunyai bahagian yang sama.Allah membezakan bahagian manusai kerana ingin kita menyembah dan memohon kepada-NYA.Oleh itu,kita wajib beriman kepada QADA DAN QADAR,di samping itu bertawakal kepada-NYA supaya dapat kehidupan yang diredhai-NYA.

1 comments:

NAREN said...

Bagus. topik yang cukup menarik. jika memberikan contoh situasi atau perkara/kejadian yang telah berlaku akibat tidak menyedari konsep ini; perkara itu boleh menjadi contoh kepada orang lain dan membuatkan mereka mudah memahami dengan lebih jelas lagi. terima kasih.