Mari-Mari Kita Berkongsi

Bilangan pengunjung

Sunday, April 4, 2010

Mengapa mereka pergi dahulu..

"Dimana kan ku cari ganti,serupa dengan mu"..
Ayat diatas merupakan tajuk lagu yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem ibu mertuaku pada tahun 1962.Lagu ini cukup memberi makna kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai jiwa seni yang tebal.Saat ini Malaysia telah semakin ketandusan seniman-seniman yang unik dan lain dari yang lain.




Baru-baru ini negara telah digemparkan dengan pemergian Mior Ahmad Fuad bin Mior Badri iaitu Din Beramboi.Beliau pergi menghadap tuhan pada usia 44 tahun.Hal ini merupakan kesedihan yang teramat sangat kerana di dalam Malaysia tidak terdapat lagi pelawak seperti beliau,walaupun Nabil berjaya memenangi 2 kali berturut-turut anugerah pelawak ABPBH.Namun,beliau sendiri akui bahawa Din beramboi merupakan orang paling kelakar yang pernah beliau jumpa.
Lawak Din Beramboi bukannya mudah untuk ditiru oleh mana2 pelawak lain,beliau tetap dikenang sepanjang zaman terutama drama sebabak yang dikendalikan oleh beliau.


Dahulu juga negara pernah digemparkan dengan pemergian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.Beliau juga menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berusia 44tahun.Kata-kata orang umur 40-an masih muda lagi,bila dah cecah 50 baru boleh dipanggil orang tua.Jadi P.ramlee juga pergi dalam usia yang muda.Cuba anda bayangkan sekiranya beliau masih hidup sehingga ke hari ini,sudah tentu ratusan atau ribuan filem dan drama telah beliau hasilkan.


Seterusnya ialah pada 22 Febuari 1992,ketika itu saya baru berusia 2 tahun yang belum mengenal apa2 lagi.Pada tanggal itulah seorang lagi seniman atau lagenda tanah air pergi meninggalkan kita iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad.Beliau meninggal dunia pada usia 37 tahun.Sekali lagi cuba da bayangkan sekiranya beliau masih hidup,sudah tentu banyak lagi lagu yang di bawak oleh beliau..


Pada tahun 2009 juga ada memori pahit buat peinat seni tanah air iaitu dengan pemergian pengarah hebat tanah air iaitu Yasmin Ahmad yang telah berjaya membuat banyak cerita yang menyentuh aspek kekeluargaan dan pelbagai mesej lagi.Terdapat juga filem arahan beliau yang berjaya memenangi anugerah dari luar iaitu filem sepet.
Semakin hari negara kita semakin ketandusan seniman dan seniwati yang hebat..

Persoalan nya mengapa orang-orang yang hebat sebegini pergi dahulu,apakah hikmah di sebaliknya??
Bukan saya hendak mempertikaikan kejadian-kejadina seperti ini..Saya tahu,ajal maut di tangan tuhan dan maut tidak cepat sesaat mahu lewat sesaat.Saya juga tahu jika daun itu hendak gugur tetap akan gugur juga..Namun,persoalannya mengapa orang-orang sehebat mereka pergi dahulu.Wallahualam..Ini dalah urusan yang MAHA mengetahui dan saya hanya redha dengan ketentuanNYA.

ALFATIHAH BUAT MEREKA..

0 comments: